CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

June 14, 2010

Haha..my new layout??

Pheeeww..after hours n hours of customizing my blog's layout/template, I can finally 'tarik nafas lega'...When it comes into this modify" things...I am totally 'teruk' k...This new template i think 'ok' lah...rather than the old one..haha...lantaklah...;)

June 10, 2010

Main time...

Time ni bukan main ligat lagi babyku menendang-nendang tummyku...selalunya dia aktif ni time aku tengah rehat-rehat memalam kan. tapi arini berubah lak jadual dia...hmmm...baby nak pe eeh??? nak mummy nyanyi eeh...*at this time memang tengah nyanyi for my baby*

Hehe...sonok main-main ngan baby ni...kekadang bila dia tgh syok menendang, aku pon kuis-kuis la tummy aku & tgk reaksi dia...kekadang makin kuat dia tendang, kekadang dia terus senyap je...papepun paling sonok bila my baby dengar suara ayah dia...terus dia wake up (kalau dia tgh tido/senyap). Siap leh ikut cakap my hubby : kalau my hubby suh tendang kuat sket, dia pun macam tau-tau je terus dia tendang kuat sket...

Actually my hubby ni tersangat la excited bile dapat rasa baby tendang-tendang...& dia selalulah berborak dengan baby...Teringat masa mula-mula dia dapat rasa my baby's kick, terus muka dia happy sesangat dan tak terkata...That's my hubby..hikhik..

Papepun...Sayang sangat my hubby and our baby...Mmmmuuuaaahhh...

Daaaa....

May 25, 2010

Down....

Pagi tadi sorang member aku bagitau yang ofismate kami dah selamat bersalin semalam...waahhh..terperanjat  kitorang  sebab die bersalin awal 3 mggu dari tarikh due die... Tapi alhamdulillah Sarah & babynya selamat. Baby Girl....mesti comel kan...
Excitednye bila kengkawan ramai dah ade baby...hehe...tak saba lak menanti akunye turn kan...rasa macam lama je 9 bulan tu kan (tambah tolak tggl 5 bln je lagi)...waaahhh..tak sabar2 dah nampaknya kan...

Hepi-hepi gak...tapi hari ni aku agak tak bermotivasi lah. Malam tadi & pagi tadi still muntah-muntah lagi...tambah lak sakit kepala ni. Memang spoil sangat-sangat...Aku ingatkan alahan ibu mengandung ni time 1st trimester (3 bulan terawal) je. Rupa-rupanya macam kes aku ni, berlanjutan sampai lah ke hari ni (skarang kandungan aku masuk bulan ke-5).

Agak-agak boleh tak dibayangkan macam mana lah keadaan aku?? senang kata "TAK TERURUS" k...memang sejak kena alahan dari bulan kedua sampai sekarang aku asyik 'bermalasan' je. Korang nilailah sendiri tahap kemalasan aku camne eeh :
  • Amat malas bangun pagi (esp. hati cuti)
  • Kuat tidur siang
  • Malas nak berjalan-jalan kat shopping complex / tempat yang sesak...
  • No more make up / dressing chantek gilerrr ke ofis/time jenjalan...
  • Malas masak (sekarang ni makan luar / tapau jek)
  • Malas kemas rumah / iron baju n so on...
  • Kat Ofis pun memang langsung takde mood nak buat kerja k...
Pheeww....Luckily my hubby jenis yang tersangat-sangat understanding, penyabar....! Sekarang ni dia yang banyak 'tolong' aku settlekan kerja-kerja rumah. Motivate me when I feel down...Kekadang tu aku serba salah & rasa macam bukan isteri yang baik je...Ramai juga orang cakap kalau mengandung tak boleh malas-malas sebab nanti baby dah besar pun akan ikut perangai kita. ye ke?? Tapi cubalah letak diri korang dalam keadaan aku sekarang. Bukan sengaja tau di buat-buat. Fed up sangat dengan alahan-alahan ni. Yelah, kekadang tu muntah teruk sampai luka tekak aku (berdarah / kerongkong rasa terbakar). Sakit kepala pulak tak tentu masa. Pegi keje pun kadang-kadang bertampal koyok or even worst aku akan rehat je 1 hari kat surau ofis bila tak tertahan sangat-sangat. Doktor pun macam dah give up je sebab so far my BP normal, test darah normal...dia sendiri pun cakap "memang sah pembawakan budak ni".

What happen kalau sampai 9 bulan keadaan aku macam ni juga??????? huaaaaaaa.....tak mau.... i need my life back...! Aku bersyukur sangat-sangat dengan anugerah yang Tuhan bagi pada kami suami isteri. Cuma aku dah tak tahan dengan alahan ni...! Huhu.............HELP MEEEE...!!!!

May 24, 2010

Coming soooon....Our 1st anniversary...Yeay !!!!

Rasa dalam hati ni berbunga-bunga je. Can't wait for our special day, 1 week from now.. wohooo...hmmmm....my hubby seem planning for something but me??? alamak....apa aku nak buat ni...
we all dah plan amik cuti on that day (which jatuh pada hari isnin) sebab nak celebrate sesama (chewaaaah !!). And actually I've made an arrangement awal-awal lagi dah for a holiday. akan tetapi ada sahaja yang menghalangannye...oh tidak...!!!! kuciwa tau...!!!! terpaksa cari plan lain...
hmmm.... ade kurang seminggu je nak fikir ni.. ish.....

May 13, 2010

Piala Thomas...

Sooo sleepy...huhu...nilah bahana kalau ibu mengandung berjaga lewat. Actually takdelah lewat sangat, tapi disebabkan sejak mengandung kalau hari bekerja sure tidur before 10pm, so bila tido lewat sikit je mulalah siangnye teramat mengantuk...kenapa berjaga lewat malam tadi??? hehe...apalagi...skang kan musim piala Thomas. Dah ar malam tadi penentuan Malaysia ke Separuh akhir atau tak..dan kebetulan lak game malam tadi sgt panjang sampai dekat kul 11. jadi memang sampai abih la aku bersengkang mata depan tv. Last-last, pagi tadi memang susah sangat-sangat nak bangun pagi. PADAN MUKA aku..!!! Tapi berbaloi la dapat tengok Malaysia akhirnya menang 3-2 ke atas Denmark.

Tengok ngan Mr Hubby ni best sbb die sangat2 lah kuat mengomen. jadi kami bertiga (t'masuk baby dlm tummy nih...) pun dengan semangatnya menyokong Hafiz Hashim yang menjadi penentu kemenangan malam tadi. Apa-apapun congrats kepada semua pemain yang bersungguh-sungguh memberikan yang terbaeeekk malam tadi. Walaupun ada yang kalah, tapi kalah bermaruah k. takdelah teruk sangat kena belasah. Dan yang penting semangat juang tu ada, tak macam mase game melawan Jepun tempoh hari...*two thumbs up*

Chaiyo-chaiyo Malaysia ! aja-aja fighting ! Pasni lawan dengan China lak..huhu...cam susah jek..tapi tetap positif k...!

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Keputusan akhir...Malaysia terkandas pada Semi Final ! Huhu..Tak best betul...
China bertemu Indonesia di Final k..!
Dan keseluruhannya China yang dapat Piala Thomas...
End of story...!

May 11, 2010

Lecehnye....

Lecehnya buat check up di klinik kerajaan. Tapi nak tanak kena juga buat, sebab nak buka kad merah..Aku ngan suami tak decide lagi nak bersalin kat hospital kerajaan atau hospital swasta. Huhu…Pening la bila nak buat pilihan ni. Sebenarnya dah kenalpasti hospital kerajaan/swasta yang mana jadi pilihan. Kalau nak bersalin kat hospital kerajaan, aku pilih Hospital Sg Buloh sebab dekat dgn rumah aku &dari pengalaman kawan-kawan, service hospital ni boleh tahan lah. Tak macam hospital kerajaan lain (yang korang sendiri paham hospital mana yang layanannye agak teruk). Kalau hospital swasta pula, aku pilih Hospital Bersalin Razif di Klang. Yang ni dekat dgn rumah mak aku. Ramai gak sedara mara suku sakat kaum kerabat aku yang bersalin kat hospital ni. Tapi kalau swasta ni paham-paham lah kan. Fulusnya mesti tip top kan…

So far, aku & enchik suami belum lagi wat keputusan...hmmmm...undecided..;)

May 07, 2010

04/05/2010 @ 11:20

For the first time, aku dapat rasa tendangan baby dlm tummyku…bestnya tak terkata moment nih…saat-saat yang aku nanti-nantikan…sebelum ni dapat rasa heart beat baby je.. tadi dengan tiba-tibanya rasa sesuatu menolak-nolak di perutku (di bahagian sekitar bawah pusat)…SYOKNYEEEEEEEEEEEEE…………!!!! Mommy love u baby...;-*