CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

June 24, 2010

Hepi, Hepi, Hepi.....

Yeay...! England menang malam tadi !!!!!!

June 23, 2010

Kakiku kejang...!

Semalam aku MC sebab tak larat nak gi keje..yup...menambahkan lagi rekod & koleksi cuti sakit aku sepanjang mengandung nih...Tapi ade aku kisah???!!!

Tapi semalam aku cuti bukan sebab gejala-gejala yang selalu aku alami (sakit kepala/muntah-muntah), tapi kaki aku kejang awal pagi (time tengah syok-syok tido..). Huhu....SAKIT GILA !!!! 2 kali aku kena cramp tu dan hasilnya pagi tu aku jalan berdengkut-dengkut dan sangat sakit nak bergerak...

Selama ni aku cuma dengar-dengar je pengalaman mommies yang pernah pegnant, tapi aku tak tau pulak sakit die sampai membuatkan aku meraung-raung pagi-pagi buta tu...Luckily my hubby bukan jenis tido mati dan dialah yang menjadi mangsa aku...hehe.....pagi tu juga dia hantar aku gi klinik sebab tak tahan tengok aku jalan berdengkut-dengkut...

Sampai kat klinik aku pun mengadu lah kat doktor...Doktor pun jawab, maybe aku kurang kalsium. Kalsium?? eerrk....pura-pura buat muka tak bersalah sebab tau sumber utama kalsium itu adalah daripada minuman yang paling aku x gemar...SUSU ! Tak payah nak recall pun mmg aku teramat setuju dengan kenyataan doktor tersebut..manakan tidak, susu anmum yang suami terchentaku belikan hanya kadang-kadang saje menjadi santapanku. Aku cuma ambil pil kalsium sejak awal-awal mengandung dan aku mengaku kepada doktor (doktor lain) yang tekak aku takleh terima susu..Ternyata itu tidak mencukupi lah ye?? isk....

Doktor pon memberikan aku ceramah kepentingan kalsium untuk ibu mengandung especially untuk elakkan kekejangan & kekebasan (kebas-kebas) dan of course kepentingannya kepada bayi dalm kandungan kita...Well, itu takpe lagi...pas die check berat badan aku, sekali lagi dia membuka sesi ceramah ok ! kali ni tentang pemakanan seimbang untuk ibu mengandung pulak...sebab pe dia buka topik tu? sebabnya berat aku bertambah 3 kilo lebih berbanding berat aku bulan lepas....Oouuucch ! Biar betul..???!!

Jadi, memang teruk aku kena bebel ngan doktor semalam. Tapi aku faham dia bebel tu sebab ambil berat kat aku & baby kan...TQ soooo much doc !

Debaran England...!

Ececeeceehh...sibuk lak aku nak berdebar-debar untuk Team England...

Ish...malam ni malam perhitungan untuk England mara ke pusingan kedua (kalah mati) World Cup 2010. Sebenarnya agak hampa ar ngan prestasi diorang untuk 2 game sebelum ni sebab main macam hampeh kay...! Pastu lak David Beckham lak sekadar dok kat bangku pemerhati sebagai penasihat kot sebab kaki dier injured takleh nak main untuk England...papepon still lap u Beckham !!

ok, berbalik semula pasal perhitungan malam ni...yolah, kalau malam ni diorang hampeh gak, terpakse ar diorang balik awal. Oh Tidak..!!! Tapi kalau perform baik punya pun tapi team lain cam USA menang pun takleh gak pegi...Arrrrgh...Ni yang tensen aku tengok bola ni. kalau team feveret dah tak main pasni aku nak sokong team mane lak....uikss..!!! hmmmm..wateverlah....

Daaa ~

June 16, 2010

Mozart for my baby...

Ntah camne aku leh terfikir pasal mende ni sepanjang ari...Emmm...nak kate aku peminat MOZART??? oh tidaaaaaaaaaaaakkkk.....not that type of ladey k...aku bukanlah jenis yang reti menghayati aliran-aliran muzik sebegini. Tapi berkecimpung dalam bidang psiko ni aku de lah belajar bahawasenye ade certain kind of music yang dapat membantu merangsang pemikiran (otak) bayi/anak kecil even yang dalam kandungan pun...memandangkan ade teori sebegitu & ramai yang bagi approval tentang kesannya, then why not lah aku cuba kan...(mommy buat  sume ni untuk baby tau.mommy best kan..) *perasan*

So after doing some googling (which i decide that buying a cd is not the best choice. ahaks!), finally got the whole album...thanks pakcik google...halwa telinga kami pada hari ini adalah muzik-muzik instrumental Mozart yang disusun khas untuk baby...harap-harap baby enjoy kay... ;)

However, jangan hanya sajikan halwa telinga sebegini for our little one kan...Mummies kena lah banyakkan membaca al-Quran atau perdengarkan bacaan al-Quran supaya anak-anak kita nanti lembut lidah & terang hati untuk membaca ayat-ayat suci.(banyak lagi faedahnya kan...)

Boleh juga bercerita atau membacakan cerita-cerita kepada si bayi...hehe..ade yang gemar bacakan cerita fairytale, kisah-kisah dongeng, kisah-kisah nabi & para anbiya' dan ada juga yang suke berceloteh sahaja dengan babynya...Semuanya terpulang kepada minat masing-masing. Tapi part berceloteh ngan baby tu feveret aku & hubby...walaupun baby masih dalam kandungan lagi, tapi baby memang boleh mendengar bunyi atau suara-suara di sekelilingnya...Miracle kan...Allahhu Akbar !

Well, banyak lagi amalan-amalan untuk ibu-ibu mengandung ni...Cuma kenalah bertanya pada yang pakar kan. Oklah, enough said, jom layan borak ngan baby....Si dia dah bangun (menendang-nendang) macam tau-tau je mommy die tgh bercerita pasal si dia kan...

daaaa ~

June 15, 2010

Go Africa !

Yeah...World Cup telah bermula...!

Adakah aku terlalu excited? Maybe...yelah, memang aku minat bola sepak dari dulu lagi kan...
Sooo..team mane yang aku sokong? mesti lah England...;)

Citer pasal World Cup, my hubby awal-awal lagi dah terkena bahananya..bayangkanlah sepatutnya ari sabtu (12/6) dia kena kerja (OT). Tapi disebabkan tengok bola pukul 2.30pg sampai pukul 5pg, dia pun liat sangat nak bangun gi keje. Last-last lepas subuh dia bantai tido sampai tengahari = tak kejelah tu !! Aku dah sound awal-awal dah...hehe...macam-macam kan...Tahniahlah sayangku...! ;)

Aku takdelah sampai nak berjaga pagi-pagi buta tu. Kalau ari cuti and team feveret aku main, then baru aku stay up. Kalau tak jgn harap k....Tak kuasa den !

To World Cup kipas-susah-mati : ENJOY !

June 14, 2010

Haha..my new layout??

Pheeeww..after hours n hours of customizing my blog's layout/template, I can finally 'tarik nafas lega'...When it comes into this modify" things...I am totally 'teruk' k...This new template i think 'ok' lah...rather than the old one..haha...lantaklah...;)

June 10, 2010

Main time...

Time ni bukan main ligat lagi babyku menendang-nendang tummyku...selalunya dia aktif ni time aku tengah rehat-rehat memalam kan. tapi arini berubah lak jadual dia...hmmm...baby nak pe eeh??? nak mummy nyanyi eeh...*at this time memang tengah nyanyi for my baby*

Hehe...sonok main-main ngan baby ni...kekadang bila dia tgh syok menendang, aku pon kuis-kuis la tummy aku & tgk reaksi dia...kekadang makin kuat dia tendang, kekadang dia terus senyap je...papepun paling sonok bila my baby dengar suara ayah dia...terus dia wake up (kalau dia tgh tido/senyap). Siap leh ikut cakap my hubby : kalau my hubby suh tendang kuat sket, dia pun macam tau-tau je terus dia tendang kuat sket...

Actually my hubby ni tersangat la excited bile dapat rasa baby tendang-tendang...& dia selalulah berborak dengan baby...Teringat masa mula-mula dia dapat rasa my baby's kick, terus muka dia happy sesangat dan tak terkata...That's my hubby..hikhik..

Papepun...Sayang sangat my hubby and our baby...Mmmmuuuaaahhh...

Daaaa....