CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

June 23, 2010

Kakiku kejang...!

Semalam aku MC sebab tak larat nak gi keje..yup...menambahkan lagi rekod & koleksi cuti sakit aku sepanjang mengandung nih...Tapi ade aku kisah???!!!

Tapi semalam aku cuti bukan sebab gejala-gejala yang selalu aku alami (sakit kepala/muntah-muntah), tapi kaki aku kejang awal pagi (time tengah syok-syok tido..). Huhu....SAKIT GILA !!!! 2 kali aku kena cramp tu dan hasilnya pagi tu aku jalan berdengkut-dengkut dan sangat sakit nak bergerak...

Selama ni aku cuma dengar-dengar je pengalaman mommies yang pernah pegnant, tapi aku tak tau pulak sakit die sampai membuatkan aku meraung-raung pagi-pagi buta tu...Luckily my hubby bukan jenis tido mati dan dialah yang menjadi mangsa aku...hehe.....pagi tu juga dia hantar aku gi klinik sebab tak tahan tengok aku jalan berdengkut-dengkut...

Sampai kat klinik aku pun mengadu lah kat doktor...Doktor pun jawab, maybe aku kurang kalsium. Kalsium?? eerrk....pura-pura buat muka tak bersalah sebab tau sumber utama kalsium itu adalah daripada minuman yang paling aku x gemar...SUSU ! Tak payah nak recall pun mmg aku teramat setuju dengan kenyataan doktor tersebut..manakan tidak, susu anmum yang suami terchentaku belikan hanya kadang-kadang saje menjadi santapanku. Aku cuma ambil pil kalsium sejak awal-awal mengandung dan aku mengaku kepada doktor (doktor lain) yang tekak aku takleh terima susu..Ternyata itu tidak mencukupi lah ye?? isk....

Doktor pon memberikan aku ceramah kepentingan kalsium untuk ibu mengandung especially untuk elakkan kekejangan & kekebasan (kebas-kebas) dan of course kepentingannya kepada bayi dalm kandungan kita...Well, itu takpe lagi...pas die check berat badan aku, sekali lagi dia membuka sesi ceramah ok ! kali ni tentang pemakanan seimbang untuk ibu mengandung pulak...sebab pe dia buka topik tu? sebabnya berat aku bertambah 3 kilo lebih berbanding berat aku bulan lepas....Oouuucch ! Biar betul..???!!

Jadi, memang teruk aku kena bebel ngan doktor semalam. Tapi aku faham dia bebel tu sebab ambil berat kat aku & baby kan...TQ soooo much doc !

No comments: