CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

April 29, 2010

Syoknye kawen...Part 2

ORANG KETIGA
Sekarang ni muncullah insan ketiga dalam hubungan kami. Tapi insan ketiga ni memang kami teramat nanti-nantikan....Siapa??? hehe...ni yang dalam tummy ni...;) In fact, si comel ni lah inpirasi aku untuk menulis blog semula. Mommy luv u soooo much, baby...muaahh..mmuaahh...Kehadiran insan ketiga ni memang mengubah hidup kami berdua. Pergh..banyak betul rupanya yang kami tak tahu tentang dunia parenting ni. Especially during pregnancy period ni...Dolu sebelum kawen lagaknye cam ready sesangat lah. But, who to blame kan..so far pengalaman ni banyak mengajar kami berdua untuk menghadapi alam keibubapaan nanti..(huhu..am i ready??? *nebes*)

Aku pregnant??? Yahoooo.....!!!!

Alhamdulillah...Untuk kali yang kedua, aku telah disahkan mengandung lagi...yahooo...!! Sonoknya tak terkata. debaran-debaran selama 2 minggu menanti keputusannya agak menstreskan aku dan suami k...pegi 2 klinik asik-asik keputusan UPT (urine Pregnancy Test) aku blurrr...doktor kate macam ade, macam takde. Scan pon tak nampak ape-ape lagi (yolah kocik laie mano nam nampak!!!). Setelah 2 minggu menanti akhirnya jawapan dari doktor : 'Alhamdulillah..Tahniah...Tahniah...!' Dengan nada beliau yang semacam excited seperti kami. Memang kami pon macam nak melompat je rasanya..FINALLY....! Alhamdulillah....Syukur sangat-sangat...

Oh yea...kenape ini kali yang kedua? Sebenarnya tahun lepas aku disahkan mengandung. Tapi agak terlewat aku ngan suami tahu sebab time tu kami berdua buat check up tentang mentrual period aku yang tak normal (2 ke 3 mggu asik bleeding je). Sebelum-sebelum ni memang aku period normalnya 7-8 hari. So, kerana risau sangat kami pun buat check up di hospital pakar sakit puan. Dan amat mengejutkan apabila hasil ujian, didapati aku telah keguguran. Bila masa aku mengandung pun aku tak perasan sebab bleeding yang aku sangkakan period tu, datang pada waktu aku sepatutnya period. Jadi, memang tak terfikir yang aku mengandung & keguguran. Tanda-tanda alahan mengandung pon aku tak rasa. emmmm...nak buat macam mana, memang agak terkilan + sedih sangat-sangat time tu.

So, doktor pun rekemen untuk buat D&C (cuci rahim). Lepas buat tu, aku pon kenalah berpantang seperti orang baru bersalin. Bayangkanlah berpantang cam orang bersalin tanpa baby???? huhu...teramatlah sedih sangat-sangat. Pastu adalah unsur-unsur menyalahkan diri sendiri sebab 'tak reti-reti ke nak jaga diri bila dah kahwin ni???!!!' Macam orang tetua selalu cakap, pompuan dah kawen ni kena pandai jaga diri terutama bab-bab dalaman ni. Mana boleh sebarangan makan..takleh ganas-ganas...Nasib baiklah suami agak supportive wlupon dia bersedih jugak time tu. Ape-ape pun, lepas tu kami berdua lebih berhati-hati dan yang paling penting, TAK PUTUS ASA k...

Syoknya kawen....Part 1

SYOK KE???
Hehe...mesti ramai yang setuju kan yang kawen memang syok. Bagi aku yang baru lagi dalam alam ni memang la rasa syok sangat-sangat...Bila dah kawen ni rase setiap masa tu terisi dengan sesuatu. Kalau bukan untuk diri sendiri, mesti untuk enchik suami. Takdelah rasa boring...pastu kalau ade masalah, we have shoulder to cry on. Dan yang paling penting, sekarang ni kewangan pon dah lebih terurus...hehe...Thanx to my mr hubby banyak mengajar 'perbelanjaan berhemah' k...Orang pompuan ni biasalah bab-bab berbelanja aka shopping menyoping nih... ;)

KELUARGAMU, KELUARGAKU JUA....
Tapi bila kawen ni, bukan takat suami/isteri je yang kita kena ambil berat. Keluargamu, keluargaku jua ibaratnya. Alahai dek non...part yang ni memang aku lemah sket. Sejak bercinta lagi aku bukannya rapat sangat dengan ahli keluarga suami. Yelah, keluarga dia berlainan negeri. Tapi itu bukan alasan dek non oi..zaman teknologi cenggini paling cikai pon tepon kan ade...hehe...tu yang selalu boyfren aka tunang aka sekarang ni enchek suami aku dok bagitau dari dolu lagi...Masalahnya bukan aku tanak bermesra-mesraan dengan diorang, tapI nebes laaa...Nak tanak aku pon tunjuk la effort sket kan. Datang lah beraya kat umah dia..Bawak famili aku jumpa famili dia...Tu kira effort lah kan.. ;)

April 27, 2010

Hai.....;)

Kalau diikutkan ini bukan kali pertama menulis blog. Back then in 2008 pernah menulis dalam blog yang sama juga, tapi disebabkan lama menyepi semua post-post yang lama pun aku delete lah. So, I start a new one with a new face but still the same blog.

Rindu rasanya nak menulis dalam blog. Gaya macam busy sangat je sampai tak sempat-sempat nak sambung post-post yang terdahulu kan. Sebenarnya banyak event-event penting dalam hidup aku ni yang berlaku sepanjang sesi senyap berblog ni. Dengan kesibukan itulah aku terpaksa menghentikan xtiviti berblog ni. Harap kali ni pon takkan tergendala di tengah jalan lagi...;)