CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

April 29, 2010

Aku pregnant??? Yahoooo.....!!!!

Alhamdulillah...Untuk kali yang kedua, aku telah disahkan mengandung lagi...yahooo...!! Sonoknya tak terkata. debaran-debaran selama 2 minggu menanti keputusannya agak menstreskan aku dan suami k...pegi 2 klinik asik-asik keputusan UPT (urine Pregnancy Test) aku blurrr...doktor kate macam ade, macam takde. Scan pon tak nampak ape-ape lagi (yolah kocik laie mano nam nampak!!!). Setelah 2 minggu menanti akhirnya jawapan dari doktor : 'Alhamdulillah..Tahniah...Tahniah...!' Dengan nada beliau yang semacam excited seperti kami. Memang kami pon macam nak melompat je rasanya..FINALLY....! Alhamdulillah....Syukur sangat-sangat...

Oh yea...kenape ini kali yang kedua? Sebenarnya tahun lepas aku disahkan mengandung. Tapi agak terlewat aku ngan suami tahu sebab time tu kami berdua buat check up tentang mentrual period aku yang tak normal (2 ke 3 mggu asik bleeding je). Sebelum-sebelum ni memang aku period normalnya 7-8 hari. So, kerana risau sangat kami pun buat check up di hospital pakar sakit puan. Dan amat mengejutkan apabila hasil ujian, didapati aku telah keguguran. Bila masa aku mengandung pun aku tak perasan sebab bleeding yang aku sangkakan period tu, datang pada waktu aku sepatutnya period. Jadi, memang tak terfikir yang aku mengandung & keguguran. Tanda-tanda alahan mengandung pon aku tak rasa. emmmm...nak buat macam mana, memang agak terkilan + sedih sangat-sangat time tu.

So, doktor pun rekemen untuk buat D&C (cuci rahim). Lepas buat tu, aku pon kenalah berpantang seperti orang baru bersalin. Bayangkanlah berpantang cam orang bersalin tanpa baby???? huhu...teramatlah sedih sangat-sangat. Pastu adalah unsur-unsur menyalahkan diri sendiri sebab 'tak reti-reti ke nak jaga diri bila dah kahwin ni???!!!' Macam orang tetua selalu cakap, pompuan dah kawen ni kena pandai jaga diri terutama bab-bab dalaman ni. Mana boleh sebarangan makan..takleh ganas-ganas...Nasib baiklah suami agak supportive wlupon dia bersedih jugak time tu. Ape-ape pun, lepas tu kami berdua lebih berhati-hati dan yang paling penting, TAK PUTUS ASA k...

No comments: